Monday, January 6, 2014

mood tak mari


ni Ahmad Daniel yg dah satu tahun pada 1 January 2014. Ini budak memang selalu buatkan mood saya happy especially time saya down. Itulah orang panggil cahaya mata. Sangat kelakar dengan keletah2nya.


Yang ni Ahmad Danish baru masuk darjah satu, kesian dia sebab semua kena buat sendiri , siapkan diri sendiri sebab dia transit kat taska. Pagi ke sekolah agama petang ke sekolah kebangsaan. First day sekolah dia dah cakap "macam mana nak dapat 5A sebab sekolah kebangsaan cikgu bagi rehat sekali aja" aduihla anak semua sekolah kat Malaysia ni memang rehat sekali aja. Dia mengadu penat sementara nak biasakan diri. Kalaulah kat Cheras ni ada sekolah integrasi mau aja mak hantar ke situ, tapi bak kata husband kita tak payahla fikir benda yang tak dak. Betul jugak tu. Moga anak2 ku berjaya dunia akhirat. 



love, respect & obey








hari-hari adalah hari ibu jadi sentiasalah sedekahkan al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita, kerana tanpa mereka siapalah kita. 

Bolehkah Saya Ambil Supplement Shaklee Semasa Haid


Ramai jugak yang bertanyakan bolehkah saya makan supplement shaklee sewaktu haid ni. Saya faham anda keliru dengan perbezaan antara jamu, produk-produk kecantikan/kesihatan lain dan juga supplement shaklee. Mungkin ada sesetengah produk selain supplement shaklee yang tidak boleh diambil sewaktu haid.



Berbeza dengan supplement shaklee, supplement shaklee sebenarnya adalah makanan tambahan. Bermakna tubuh masih memerlukan makanan sebenar dan semulajadi,  dan supplement shaklee hanya membantu menutup lubang-lubang ketidakcukupan vitamin dan mineral yang tidak dapat dipenuhi pengambilan makanan seharian.


Setiap hari tubuh memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk pertumbuhan yang normal, pengawalan dan pemulihan kesihatan dan pencegahan penyakit. Sesetengah jenis vitamin membantu menghasilkan hormon dan sel-sel darah yang baru. 
Dan tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri vitamin dan mineral sendiri seperti asid amino, asid lemak, vitamin C, Vitamin B dan lain-lain. Jadi kita memerlukan sumber makanan harian dan juga supplement yang membantu mencukupkan keperluan zat dan nutrisi harian. 
Kita tidak mendapat 100% zat dan nutrisi dari sumber makanan semuluajadi kerana peratusan jumlah vitamin dan mineral telah hilang semasa memetik, pemprosesan, memasak dan penyimpanan makanan.
Bagi orang yang sedang haid atau turun darah nifas ataupun selepas pembedahan, golongan ini amat memerlukan zat dan nutrisi untuk membina kembali sel-sel darah merah yang baru.

Kerana darah manusia 91% terdiri daripada air, dan lebihan 9% lagi adalah protein dan mineral-mineral.